Jumaat (20/11/2009), satu majlis serba sederhana telah diadakan di kediaman Cikgu Wan Fauzi dimana tetamu Kehormat adalah dari Orang Besar Negeri Sembilan. Semoga ini adalah titik tolak kepada kegemilangan Silat Tertua Malaysia, GAYONG.
AKTIVITI PEWARIS ( Akan Datang )
Majlis Ilmu Tangan Kosong
Bertarikh 11,12 & 13hb bertempat di Dewan GPMS Perak. Penyertaan dibuka kepada pesilat Bengkong Hijau & keatas.
Majlis Khatam Ilmu Bersama Ayahanda Amin Hamzah (Khatam Tangan Kosong, Parang, Keris & yang sesuai dengan majlis besarnya iaitu KHATAM KERIS) di Teluk Batik.
PEMBUKAAN GELANGGANG BARU
Kepada sesiapa yang berminat untuk MEMBUKA GELANGGANG SILAT (GAYONG) di kawasan anda, sila hubungi SHILA (012-419 6789). Setiap gelanggang yang hendak dibuka haruslah mempunyai ahli minimum 20 orang.
: Ingin Mendapat Pinjaman Peribadi Koperasi?
: Ingin Memulakan Perniagaan Sendiri?
: Sukar Mendapat Pinjaman kerana Blacklist?
: Perlukan Wang Tunai Segera?
: Sukar Mendapat Pinjaman kerana baru kerja?

SEDIA MEMBANTU anda, had pinjaman RM1,000.00 hingga RM150,000.00
Monday, November 23, 2009
MAJLIS MENYAMBUT ORANG BESAR NEGERI SEMBILAN
Sunday, November 22, 2009
Perjumpaan Dengan Waris Amanah
Dua hari berturut-turut, kunjungan kami ke rumah Cikgu Wan Fauzi di Bangi membawa seribu pengertian kepada kami, betapa sifat ikhlas dan jatidiri seorang Waris Amanah Mutlak yang perlu dicontohi oleh anak-anak gayong samada baru ataupun lama. Pada Jumaat yang lepas (20/11), tetamu-tetamu dari Negeri Sembilan berstatus VVIP telah dihidangkan dengan persembahan silat dan juga sesi perkenalan GAYONG kepada mereka. Sebenarnya Gayong masih mempunyai pengaruh di kalangan Istana dan juga pembesar-pembesar Negeri.
Perjumpaan kali kedua (semalam 21/11)atas sebab tertinggal barang dirumah Cikgu Wan, hikmah disebalik kejadian, Cikgu Wan Fauzi menjemput berbincang mengenai hala tuju Gayong. Masyaallah, Cikgu Wan mendengar luahan dan juga menerima pendapat kami, org-org kecil dalam Gayong.
Persoalan yang timbul, kenapakah masih ada orang-orang lama yang menganggap kami ini PENDERHAKA? Adakah kerana kami mengikut wasiat, adat, maka kami dianggap sebegitu rupa?
Kami di sini akan mengikut Adat dan bukan PERTUBUHAN yang boleh dibuat sesuka hati oleh orang-orang yang tidak memahami dua perkataan iaitu ADAT dan PERLEMBAGAAN.
Bagi yang tidak dapat menyertai AGM, seharusnya sudah sampai masanya kita menggerakkan jentera ADAT GAYONG bersama Cikgu Wan Fauzi. WASIAT dari Arwah Puan Siti Kalsom haruslah dijaga. Insyaallah, akan tiba masanya GAYONG akan bersinar kembali. Banyak perancangan yang akan dibawa oleh Cikgu Wan Fauzi bagi mengembalikan Kegemilangan Gayong. Sudah sampai masanya kita berusaha dengan mengikut ADAT yang BENAR.
Perlu diingatkan bahawa IKRAR kita masih sama TETAPI kita berikrar dibawah PAYONG yang baru, dan payung ini adalah bersifat sementara kerana PSSGM akan dibersihkan dengan segala sifat yang tidak elok. Insyaallah.
MARILAH BERSAMA-SAMA MERIALISASIKAN IMPIAN SEMUA ANAK-ANAK GAYONG UNTUK MEWUJUDKAN WISMA GAYONG.
Baca Seterusnya (read more)...

Thursday, November 19, 2009
KURSUS TANGAN KOSONG BERSAMA AYAHANDA MOHD AMIN BIN HAMZAH
Assalamualaikum anak-anak Pewaris Gayong...
Berikutan dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada pelawat blog ini terhadap Kursus Tangan Kosong yang akan diadakan pada 11 hingga 13 Disember 2009 akan datang, di sini ingin saya maklumkan beberapa perkara buat makluman semua.
Pertama:-
Kursus ini akan diadakan di Wisma GPMS Perak. Kepada sesiapa yang ada menyertai Kursus Cindai anjuran UTP tempohari pasti tahu di mana lokasinya.
Kedua:-
Penyertaan terbuka kepada pemegang bengkong Hijau dan ke atas. Tidak kira bengkong yang diterima dari siapa gurunya.
Pemegang bengkong Kuning ke atas juga boleh turut serta berkursus dan sekaligus dilantik sebagai pembantu Ayahanda Amin, tetapi bersyarat. Pemegang bengkong Kuning ini akan diuji oleh Ayahanda sebelum Kursus bermula.
Ketiga:-
Yuran yang dikenakan sebanyak RM150.00 seorang adalah merangkumi perbelanjaan selama 3 hari dua malam..Pakej baik punya....; Makan dan Minum, Tempat Tinggal, Sijil Penyertaan serta Sijil Khatam(kepada sesiapa yang layak sahaja), Cenderahati berupa sehelai baju T.
Kepada semua Imam Gelanggang yang ingin membawa anak-anak muridnya untuk turut sama berkursus, mereka akan diberi sedikit diskaun..tapi dengan syarat.....penyertaan dari Gelanggangnya mestilah 10 orang ke atas. Sekiranya ada penyertaan yang begini, sila hubungi pihak pengurusan Pewaris Gayong untuk berbincang berkenaan dengan harga. Kompom puas hati dan mendapat berkat daripada ilmu yang diambil dengan penuh keikhlasan.
JANGAN SALAH ANGGAP!!
Pemberian diskaun ini bukan bermakna ilmu yang dipelajari juga ada diskaun tetapi ini adalah sebagai langkah untuk menggalakkan pesilat yang benar-benar berminat tetapi kurang mampu seperti pelajar sekolah berkursus demi masa depan Gayong.
Keempat:-
Majlis Khatam akan diadakan pada penghujung majlis dan hanya akan dikhatamkan kepada sesiapa yang layak sahaja. Bahan-bahan bagi pengkhataman adalah SUSU dan GARAM sahaja.
Kelima:-
Tentatif Kursus - Jumaat 11 Dis 2009
Pendaftaran ~ selepas Solat Jumaat
Masuk Asrama dan Minum Petang
Mesyuarat bersama Cikgu Amin dan Pemegang bengkong Kuning selepas Solat Maghrib.
- Sabtu 12 Dis 2009
Kursus bermula selepas Solat Subuh hingga ke malam.
- Ahad 13 Dis 2009
Kursus hingga jam 5 petang.
Pengkhataman dan bersurai.
Kepada semua yang ingin menjayakan Kursus ini, pihak Pewaris Gayong mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Semoga Allah swt memberkati setiap tindakan dan niat yang baik dari kita semua.
Sila kompomkan penyertaan anda selewat-lewatnya pada 5 Disember 2009.
Email atau smskan kepada saya penyertaan anda untuk dikemaskinikan dan sebagai persediaan untuk tempat tinggal dan sebagainya.
Sekian dulu..
Salam Gayong.

Sunday, November 15, 2009
KURSUS TANGAN KOSONG
Alhamdullillah, setelah bergelut dengan keadaan semasa yang memeritkan, kami disini (Simpang Pulai) telah dapat menghadapinya dan menyelesaikannya, iaitu MASALAH INTERNET.
Sukacitanya ingin diberitahu kepada kesemua anak-anak Gayong seluruh Malaysia, satu kursus iaitu KURSUS TANGAN KOSONG akan diadakan pada bulan 12 (Disember) 2009. Kursus ini akan dibuat pada 11,12 & 13hb 12.2009 bertempat di GPMS Perak (tempat sama dimana kursus cindai dijalankan). Kursus ini dapat dijayakan sekiranya penglibatan anak-anak Gayong yang sudi menerima tunjuk ajar dari Ayahanda Cikgu Amin Hamzah melebihi dari 30 orang.
Yuran bagi setiap peserta adalah sebanyak RM150.00 merangkumi tempat tinggal (di asrama GPMS), makan & minum, pengeras ilmu yang dipelajari, T-Shirt dan juga penyediaan sijil.
Penyertaan dibuka kepada pemegang bengkong HIJAU keatas. Bagi pemegang bengkong kuning, satu sesi awal akan dibuat bagi menjadi penolong kepada Cikgu Amin memantau perjalanan kursus. Sesi perkhataman tangan kosong akan diadakan pada akhir majlis dimana peserta yang LULUS sahaja akan dikhatamkan oleh Ayahanda Cikgu Amin Bin Hamzah.
Pada post ini juga, kami disini sekali lagi memohon maaf atas kelewatan ketibaan CD dalang minyak disebabkan masalah2 tertentu. Kami akan menghantar CD tersebut pada minggu hadapan DAN SEKIRANYA ada peserta yang tidak menerima CD ini selewat-lewatnya hari Jumaat (20.11.2009), diminta menghubungi Puan Shila.
Baca Seterusnya (read more)...
Sunday, November 1, 2009
PESANAN BUAT JURULATIH-JURULATIH KANAN AYAHANDA CIKGU AMIN
Rungutan seorang gurulatih lama telah memaksa saya untuk meluangkan sedikit masa ke cc ni untuk menyampaikan apa yang telah tersurat sebentar tadi...
Saya adalah di antara anak murid yang agak rapat dengan beliau. Tika ada masalah yang timbul, tidak kira dalam Gayong mahupun peribadi, sayalah tempat beliau meluahkan segala-galanya. Bukan ape, saya sudah dianggap sebagai anak kepada beliau dan isteri.
Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah "DI MANA HILANGNYA JURULATIH JURULATIH KANAN" beliau di saat beliau benar-benar memerlukan???
Semasa beliau menelefon saya sebentar tadi, beliau baru sahaja balik dari gelanggang PUO untuk memantau pelajaran yang telah dipelajari pelajar-pelajar di sana. Ramai...putera maupun puteri. Tapi malangnya pelajaran yang dipelajari tidak dapat dikembangkan dengan baik kerana masalah jurulatih yang telah MENGHILANGKAN DIRI ntah ke mana...MANA PERGI NYA??
Di mana JANJI-JANJI anak-anak murid beliau yang kononnya telah berjanji akan membantu beliau di kala keadaan amat memerlukan?? BENAR....ada tanggungjawab terhadap keluarga...ada tanggungjawab terhadap anak dan isteri/suami..ada tanggungjawab terhadap pelajaran dan kerjaya...TAPI JANJI TETAP JANJI kerana GURULATIH TUA ini sudah LELAH untuk mengajar di dalam usia yang telah LANJUT..jiwanya..semangatnya tetap ingin memperjuangkan apa yang telah diperolehi daripada ADMAR tetapi janganlah kita mengambil kesempatan di atas semangat dan pengorbanan yang dilakukan selama ini...
Benar..bagi GURULATIH TUA ini...sekali sekala anak-anak muridnya bertanya khabar, menghulurkan sedikit wang poket..hati tuanya mudah tersentuh..Jangan kita sebagai anak memperlakukan beliau setakat itu sahaja. Jasanya tidak terbalas walaupun beliau hanya menurunkan ilmu persilatan kepada kita. TETAPI jangan dilupa...di dalam ilmu persilatan ini, ada banyak lagi ilmu-ilmu dunia dan akhirat yang telah beliau turunkan kepada kita sebagai anak murid dan anak-anaknya. Jangan dilupa juga...walaupun beliau seorang pemaaf, lembut hati tetapi di dalam hati seorang tua ini masih memerlukan perhatian dan sokongan daripada anak-anak muridnya.
Jadi....tolong bantulah beliau mendidik anak-anak Gayong yang baru hendak mengenal Gayong ini supaya "bunga" Gayong yang telah diturunkan kepada kita tidak hilang begitu sahaja.
Di sini....saya memohon kepada Sdr M....... H..... Bin B......, Sdr K.... Bin A.... dan anak-anak didik beliau yang masih berada di Perak ni supaya membantu beliau menurunkan ilmu Gayong ini supaya ilmu ini terus hidup. Berilah peluang kepada GURULATIH TUA ini berehat sambil tersenyum mendengar perkembangan di setiap gelanggang-gelanggang di bawah anak-anak murid didikannya. Berilah peluang juga kepada beliau merasa erti kepuasan setelah berpenat lelah mencurahkan ilmu melihat anak-anak muridnya berjasa kepada ilmu persilatan ini.
Kesimpulannya di sini...BANTULAH CIKGU MENGEMBANGKAN ILMU INI HINGGA KE NAFAS YANG TERAKHIR...
Setiap perbuatan yang baik, pasti akan mendapat ganjarannya. Kalau tidak di dunia..di sana nanti sudah pasti..itu janjiNYA. Janganlah kita terlalu mengharapkan ganjaran..sebaliknya ganjaran yang ada pada kita harus kita salurkan kepada yang memerlukan..
Tersalah bicara?? Harap maaf dari saya.. Baca Seterusnya (read more)...

Saturday, October 24, 2009
Majlis Perkhataman Ilmu
Merujuk kepada Majlis Khatam Keris di Teluk Batik, terdapat beberapa perkara yang ingin kami sampaikan disini :
1. Majlis Ilmu ini telah dianjakkan tarikhnya kepada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
2. pertukaran tarikh ini disebabkan beberapa perkara yang berlaku akhir-akhir ini seperti kejadian gempa bumi di Indonesia dan juga hasil pengamatan Ayahanda Cikgu Amin di Teluk Batik baru-baru ini. Buat masa ini, keadaan air laut yang kotor akibat daripada keadaan cuaca dan kejadian gempa bumi dan kemungkinan tsunami pada sekitar hujung tahun ini menyebabkan pihak kami mengambil keputusan untuk mengadakan majlis ini pada tahun hadapan (2010).
Diatas kesempatan menulis pada hari ini, blog ini akan aktif semula pada awal bulan November ini, insyaallah (moga dimurah rezeki).
Tahniah juga kepada Ayahanda Cikgu Amin diatas perlantikan jawatan baru-baru ini. Semoga GAYONG akan mekar kembali dan bernyawa semula di arena seni mempertahankan diri.
Wassalam. Baca Seterusnya (read more)...

Subscribe to:
Posts (Atom)
Gelanggang Utama : DOR Taman Chandan Desa
Waktu : 8:15pm-10:15pm
Hari : Jumaat & Sabtu
Jurulatih : Cikgu Kama, Cikgu Rafiq, Cikgu Shila
Gurulatih : Ayahanda Cikgu Mohd Amin
Email: duddin_myhero@yahoo.com.my
Tel : 012-419 6789
NANTIKAN PROGRAM BESAR KAMI :