PEWARIS Silat Gayong (PSSGMSP) Headline Animator

SIJIL GELANGGANG

SIJIL GELANGGANG

AKTIVITI PEWARIS ( Akan Datang )

Majlis Ilmu Tangan Kosong

Bertarikh 11,12 & 13hb bertempat di Dewan GPMS Perak. Penyertaan dibuka kepada pesilat Bengkong Hijau & keatas.

Majlis Khatam Ilmu Bersama Ayahanda Amin Hamzah (Khatam Tangan Kosong, Parang, Keris & yang sesuai dengan majlis besarnya iaitu KHATAM KERIS) di Teluk Batik.

PEMBUKAAN GELANGGANG BARU

Kepada sesiapa yang berminat untuk MEMBUKA GELANGGANG SILAT (GAYONG) di kawasan anda, sila hubungi SHILA (012-419 6789). Setiap gelanggang yang hendak dibuka haruslah mempunyai ahli minimum 20 orang.

Sunday, November 1, 2009

PESANAN BUAT JURULATIH-JURULATIH KANAN AYAHANDA CIKGU AMIN

Rungutan seorang gurulatih lama telah memaksa saya untuk meluangkan sedikit masa ke cc ni untuk menyampaikan apa yang telah tersurat sebentar tadi...



Saya adalah di antara anak murid yang agak rapat dengan beliau. Tika ada masalah yang timbul, tidak kira dalam Gayong mahupun peribadi, sayalah tempat beliau meluahkan segala-galanya. Bukan ape, saya sudah dianggap sebagai anak kepada beliau dan isteri.



Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah "DI MANA HILANGNYA JURULATIH JURULATIH KANAN" beliau di saat beliau benar-benar memerlukan???



Semasa beliau menelefon saya sebentar tadi, beliau baru sahaja balik dari gelanggang PUO untuk memantau pelajaran yang telah dipelajari pelajar-pelajar di sana. Ramai...putera maupun puteri. Tapi malangnya pelajaran yang dipelajari tidak dapat dikembangkan dengan baik kerana masalah jurulatih yang telah MENGHILANGKAN DIRI ntah ke mana...MANA PERGI NYA??



Di mana JANJI-JANJI anak-anak murid beliau yang kononnya telah berjanji akan membantu beliau di kala keadaan amat memerlukan?? BENAR....ada tanggungjawab terhadap keluarga...ada tanggungjawab terhadap anak dan isteri/suami..ada tanggungjawab terhadap pelajaran dan kerjaya...TAPI JANJI TETAP JANJI kerana GURULATIH TUA ini sudah LELAH untuk mengajar di dalam usia yang telah LANJUT..jiwanya..semangatnya tetap ingin memperjuangkan apa yang telah diperolehi daripada ADMAR tetapi janganlah kita mengambil kesempatan di atas semangat dan pengorbanan yang dilakukan selama ini...



Benar..bagi GURULATIH TUA ini...sekali sekala anak-anak muridnya bertanya khabar, menghulurkan sedikit wang poket..hati tuanya mudah tersentuh..Jangan kita sebagai anak memperlakukan beliau setakat itu sahaja. Jasanya tidak terbalas walaupun beliau hanya menurunkan ilmu persilatan kepada kita. TETAPI jangan dilupa...di dalam ilmu persilatan ini, ada banyak lagi ilmu-ilmu dunia dan akhirat yang telah beliau turunkan kepada kita sebagai anak murid dan anak-anaknya. Jangan dilupa juga...walaupun beliau seorang pemaaf, lembut hati tetapi di dalam hati seorang tua ini masih memerlukan perhatian dan sokongan daripada anak-anak muridnya.



Jadi....tolong bantulah beliau mendidik anak-anak Gayong yang baru hendak mengenal Gayong ini supaya "bunga" Gayong yang telah diturunkan kepada kita tidak hilang begitu sahaja.



Di sini....saya memohon kepada Sdr M....... H..... Bin B......, Sdr K.... Bin A.... dan anak-anak didik beliau yang masih berada di Perak ni supaya membantu beliau menurunkan ilmu Gayong ini supaya ilmu ini terus hidup. Berilah peluang kepada GURULATIH TUA ini berehat sambil tersenyum mendengar perkembangan di setiap gelanggang-gelanggang di bawah anak-anak murid didikannya. Berilah peluang juga kepada beliau merasa erti kepuasan setelah berpenat lelah mencurahkan ilmu melihat anak-anak muridnya berjasa kepada ilmu persilatan ini.



Kesimpulannya di sini...BANTULAH CIKGU MENGEMBANGKAN ILMU INI HINGGA KE NAFAS YANG TERAKHIR...



Setiap perbuatan yang baik, pasti akan mendapat ganjarannya. Kalau tidak di dunia..di sana nanti sudah pasti..itu janjiNYA. Janganlah kita terlalu mengharapkan ganjaran..sebaliknya ganjaran yang ada pada kita harus kita salurkan kepada yang memerlukan..



Tersalah bicara?? Harap maaf dari saya..

4 comments:

narapatinantaboga said...

masyaAllah.... sayu dan sedih membaca keluhan ayahanda ini. pada saudara seguru tu, terimalah amanah ini dengan tanggungjawab. saudara2 semua bertuah mempunyai ayahanda di sisi saudara semua. kenapa tidak dihargai peluang ini, jangan bila sudah terlambat baru meraba-raba mencari ayahanda.

kalaulah hamba ada di sana, akan ku turuti langkah saudara2 tua seguru ku. mengembangkan ilmu ini pada anak bangsa sendiri. apakan daya, jarak pemisah diri, hanya mampu menyebarkan ilmu ini pada bangsa asing. niat anakanda hanya ingin membuktikan yang ini bukan sebarang ilmu. kalau dulu bangsa mereka menjajah kita, biarlah sekarang mereka datang melutut untuk menjadi anak gayong di bumi melayu sendiri....

salam rindu dan sayang pada ayahanda, abg jan, dan saudara2 segayong semua.... ZAAATTTTT!!!!!

Muhamad Hafiz Mohamed Ali said...

masyaAllah...tersentuh hati ini bila membaca luahan hati Ayahanda Amin Bin Hamzah. Rasa terpanggil diri ini untuk pulang ke tanah air tercinta...insyaAllah janji Allah itu pasti...

Kepulang ke tanah air memang di idamkan, hanya masa dan tarikh masih belum ketemu...

Kepada semua yg berada berhanpiran Ayahanda bantulah beliau sebaik mungkin dan korbankan sikit masa n wang ringgit...kerana itu semua akan menjadi kemanisan di suatu masa akan datang. Gayong tidak akan berkembang tanpa pengorbanan dan keikhlasan. betulkan niat n mari kita muhasabah serta murakabah sama2...kerana itu jalan terbaik utk memperbaiki kesilapan...Wallahua'lam...Jazakallah

Imam Gelangagng
Muhamad Hafiz Mohamed Ali
Musafir Di Perjalanan

ana eddy pssgmupm said...

ana eddy pssgmupm...012 - 3149715

salam segayong...apa yang saya tengok dan apa yang saya perhatikan bahawa anak - anak gayong...yang baru sampai bengkong hitam kosong...berhenti...mahupun yang baru bengkong
merah cula tiga...dah hilang kan diri...semenjak saya aktif balek dalam gayong malaysia dalam awal tahun 2009...anak - anak gayong kini telah ramai menghilang kan diri...apa dah jadi pada gayong sekarang genggam...angkat...yakin...waras...ngeri...

Shakirin's Family said...

heheheh...bagus le tu,

Post a Comment

Gelanggang Utama : DOR Taman Chandan Desa
Waktu : 8:15pm-10:15pm
Hari : Jumaat & Sabtu
Jurulatih : Cikgu Kama, Cikgu Rafiq, Cikgu Shila
Gurulatih : Ayahanda Cikgu Mohd Amin

Email: duddin_myhero@yahoo.com.my
Tel : 012-419 6789

NANTIKAN PROGRAM BESAR KAMI :

ROAD TOUR de GAYONG